Tanyalah sesiapa pun yang ada anak, pastinya mereka mahu anak mereka suka bercakap dengan ibu ayahnya. Di bawah ini kami kongsikan tips praktikal yang boleh diusahakan.
.
1. Biasakan bercakap dengan anak.
Sejak dia lahir kita perlu biasakan bercakap dengan dia. Jadi kerja kita setiap hari bercakap sebab anak anak ini perlukan foundation utk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia cakap. Waktu pakai baju, tukar pampers, mandi, minum susu, semualah.
.
2. Kurangkan screen time.
Wujudkan perbualan aktif 2 hala antara kita n anak. Ini memang perlu berjuang. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat dia. Sebab gadget, mengurangkan interaksi 2 hala.
.
3. Banyakkan membuat projek/aktiviti dengan anak.
Kalau umur 1 tahun tu, dah boleh buat experimen dah. Haaa, sbb bila kita buat projek, ini akan galakkan semangat ingin tahu mereka dan galakkan mereka rasa nak communicate kerana mahu suarakan pendapat dan lain lain.
.
4. Terlibat sama dalam Role Play
Main masak, jual jual, apa apalah. Tetapi kita ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara n intonasi . Sekali sekala buat kelakar.
.
5. Libatkan mereka dangan aktiviti harian.
Contoh kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basuh, sidai, sapu sampah , siram pokok, lipat baju. Semasa buat semua ni, kita bercakap dengan mereka, minta idea mereka, again, pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan masa buat. Kira cakap tak berhenti dgn mereka lah. Anak anak jadi rasa keperluan dan keseronokan dalam berkomunikasi.
.
6. Bina suasana yang ransang mereka bercakap.
Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama,bagi idea,tanya mereka,bukan cakap sepatah dua, tapi wujudkan semangat masa cakap dengan mereka.
.
7. Kerap mengulang perkataan harian.
Mama, abah, mandi , makan, tidur, doa, solat. Jadi mereka nampak perbuatan dan sebutan tu serentak dan berulang kali.
.
8. Ubah habit ibu ayah dari banyak bergadget.
Ini terpaksa saya tulis. Demi anak anak kita. Bila kita seronok dengan komunikasi di alam maya, kita tak dapat wujudkan masa dan cinta untuk banyak cakap dgn anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka.
.
9. Berjuang untuk gunakan bahasa yang baik.
Bukan marah, herdik, menghina, mencaci, mengeluh. Semua ini lebih mudah bila kita tenang dan sabar. Apabila kita mewujudkan komunikasi yang tenang dan seronok, anak merasa berkomunikasi dan menceritakan sesuatu adalah amat rapat dengan emosi positif. Ia menggalakkan mereka mahu dan mahu berkongsi kegembiraan bersama orang yang mereka percaya. Iya benar, ia bukan tiba-tiba tapi perlu latihan minda dan jiwa dari ilmu yang betul.
.
10. Rutin.
Jadika semua di atas sebagai rutin. Ya benar, ia bukan tiba-tiba tetapi perlukan latihan minda dan jiwa dari ilmu yang betul.
.
(Oleh: Maryam Thoraya Arifin, Pengarah Pemasaran dan Perhubungan, NLI Education Sdn Bhd.)