NALURI Kreatif, sebuah nama yang dipercayai dalam Pendidikan Pra Sekolah, berkonsepkan ‘Natural
& Project Based Learning’ telah beroperasi sejak 1994. NALURI Kreatif meyakini setiap anak
dilahirkan untuk menyuburkan kemajuan dan kemanusiaan kepada dunia sejagat. Setiap anak
mempunyai aset untuk cemerlang dan berjaya dalam suasana yang menyokong perkembangan dan
potensi mereka. Formula kecemerlangan anak-anak diukur dari aspek kepimpinan, sahsiah,
akademik, dan ko-kurikulum. Kesemua ini memerlukan pendidikan awal kanak-kanak yang memberi
perhatian terhadap proses tabii dalam perkembangan setiap diri anak – kegembiraan, penerokaan
dan pemerhatian, keterujaan, serta penanggungjawaban merupakan kurikulum asas melahirkan
anak-anak yang berjaya. Pembelajaran yang berkesan mampu berlaku setiap hari, di mana sahaja
dan di setiap masa.

– Naluri Kreatif





Klik butang di bawah untuk:

[ngg src=”galleries” ids=”10″ display=”basic_thumbnail” thumbnail_crop=”0″]