Program mengikut peringkat umur
Proses pembelajaran dikembangkan melalui penerokaan dan pendedahan kepada pelbagai projek dan aktiviti mengikut peringkat umur. Program disusun dengan terancang secara kreatif : Matematik, Sains, membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta Pembelajaran Fardhu Ain.
- Playhouse : 1-3 tahun
- Tadika : 4-6 tahun
Program Separuh Hari (7.30 pagi – 2.00 petang)
Program ini disediakan untuk anak- anak yang mengikuti program PLAYSCHOOL atau TADIKA dengan tambahan makan tengahari dan kelas Iqra’.
Program Satu Hari (7.30 pagi – 5.00 petang)
Anak- anak tadika atau playschool yang di hantar ke Tadika ‘One-Stop Centre’ dijaga akan tempat tinggal dan diurus-selia oleh guru untuk sesi tidur, minum petang dan aktiviti yang ringan sementara menunggu dijemput ibubapa.
NALURI Enrichment Program (NEP)
NEP memfokuskan kepada pembangunan mental, fizikal dan sahsiah anak-anak di Naluri, berdasarkan minat dan kecenderungan anak-anak kepada aktiviti yang ditawarkan. Antara aktiviti aktiviti yang ditawarkan ialah:
- Taekwondo
- Memanah
- Kelab Robotik
- Kelas Renang
- Kelab Drama dan Persembahan (dalam perancangan)
- Kelas Seni dan Kraf
Holiday @ NALURI
Program sepanjang cuti sekolah bemodulkan tema-tema menarik di NALURI. Anak-anak belajar melalui pengalaman sebenar, sambil berprojek bersama guru-guru NALURI yang terlatih.
Children Activity Day
Aktiviti ibu bapa bersama anak-anak. Rasai sendiri suasana Project-based Learning & Pembelajaran Bertema di Tadika NALURI Kreatif. Antara projek-projek yang dapat diterokai bersama anak-anak :
- Cooking project
- Art & craft project
- Role play
- Gardening project