fbpx
cropped-NALURI-Logo-website.png
  • Home
  • About
    • About NALURI
    • Our Team
    • Management Office
  • Find Centre
  • Programme
    • Programme
      • NALURI Kreatif Playhouse
      • NALURI Kreatif Pre-School
      • NALURI Creative Islamic School
      • NALURI Trial Programme
    • For Parents
      • Parenting Webinar: Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI, Khas PKP
    • For Teachers
  • Registration
  • More
    • NALURI Gallery
    • Freebies
    • Blog
    • NALURI Shop
Menu
  • Home
  • About
    • About NALURI
    • Our Team
    • Management Office
  • Find Centre
  • Programme
    • Programme
      • NALURI Kreatif Playhouse
      • NALURI Kreatif Pre-School
      • NALURI Creative Islamic School
      • NALURI Trial Programme
    • For Parents
      • Parenting Webinar: Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI, Khas PKP
    • For Teachers
  • Registration
  • More
    • NALURI Gallery
    • Freebies
    • Blog
    • NALURI Shop
Whatsapp
Register Now

NALURI Gallery

Every happy memory created for a child is another treasure of a lifetime.

Follow us for more updates!

nalurikreatif

𝗦𝘂𝘀𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗦𝘂𝘀𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗼𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮? 🤔 

Sebenarnya inilah dilema ramai ibu bapa muda. 

Kita sibuk kerja, lupa nak rehat, masa untuk diri sendiri pun takde, apatah lagi bonding dengan keluarga. Kesannya kita tertekan, pergi kerja tak fokus, anak-anak moody nak belajar kat sekolah, suasana di rumah pun tak seronok. 😓 

𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻, 𝗶𝗻𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗶:
💡 Cipta saat gembira dengan anak-anak dan keluarga
💡 Cari aktiviti yang dapat jadikan diri kita dan anak-anak sihat dan cergas
💡 Tenangkan minda dan diri dengan keindahan alam sekitar
💡 Buat sukan yang boleh dilaksanakan hampir dengan rumah

Jom terokai ketenangan alam dan cipta kenangan bersama keluarga di larian sulung 𝗡𝗔𝗟𝗨𝗥𝗜 𝗙𝘂𝗻 𝗥𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮. 🏃🏻‍♀️🏃🏻🌳

NALURI Fun Run, larian maya sejauh 1, 3 dan 5 KM sahaja, ada kategori khusus untuk toddler, kids dan family. Masa 16 hari pula tu, cabaran yang sangat mudah! 🤩

𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗸𝗲 𝗡𝗔𝗟𝗨𝗥𝗜 𝗙𝘂𝗻 𝗥𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝟯𝟭 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗱𝗶: https://nalurikreatif.com/naluri-fun-run/
NALURI Kreatif menerapkan konsep pembelajaran seca NALURI Kreatif menerapkan konsep pembelajaran secara bertema. Tema kali ini adalah ‘The Green World’ 🌍, satu tema yang dekat dengan kehidupan anak-anak. Tema ini bertujuan untuk membina kepekaan anak dengan dunia sekeliling mereka. 🌳

Kali ini, NALURI Kreatif Playhouse Gombak lakukan aktiviti yang nampak simple tapi penuh makna, iaitu capan tangan, bunga dan daun. Macam mana aktiviti ini guru kaitkan dengan tema ‘green world’ tadi? 🌻

Aktiviti pertama mestilah outdoor untuk anak berinteraksi dengan alam, mereka diberi kebebasan untuk memetik dan memilih pelbagai jenis, saiz bunga dan daun. Aktiviti ini dapat mengasah sensori mereka ketika memetik bunga dan daun tadi. 

Selepas itu, daun dan bunga dikumpul untuk guru memperkenalkan pada anak jenis daun dan bunga, bentuk, warna dan saiz daun. Aktiviti ini amat sesuai untuk kanak-kanak 1-3 tahun untuk pengenalan subjek matematik asas.

Seterusnya, aktiviti capan dimulakan warnakantapak tangan dan daun menggunakan cat air. Kebaikan ‘messy play’ ini dapat merangsang deria sentuhan anak-anak. 🎨

Selepas messy play, guru mula kenalkan anak dengan warna semula menggunakan flash card untuk anak lebih ingat warna yang mereka gunakan tadi. Seronoknya, dari aktiviti simple ini, anak dapat pelbagai pembelajaran. 🧩

Tahniah guru dan anak-anak NALURI Kreatif Playhouse gombak! ✨
.
.
.

#nalurikreatif #outdooractivity #thegreenworld #nature #preschool #playhouse
Adakah anda dalam kalangan ibu bapa yang sering bu Adakah anda dalam kalangan ibu bapa yang sering buntu untuk mencari idea menarik mengajar subjek matematik untuk anak anda di rumah?

Biasalah, kadang-kadang anak tidak mahu memberi kerjasama dalam proses pembelajaran. Ataupun anak kurang faham dengan konsep yang disampaikan. Justeru, menggunakan kepelbagaian pendekatan yang melibatkan banyak pancaindera boleh membawa kepada keseronokan. Berikut adalah tips yang boleh ibu bapa gunakan untuk beraktiviti matematik bersama anak.

Untuk penulisan penuh boleh klik link ini: https://nalurikreatif.com/blog/infografik-10-tips-beraktiviti-matematik-bersama-anak/ (link di bio)
.
.
.
.
.
#nalurikreatif #tipsaktivitimatematik #infografik #matematik #mathematics #infografik
NALURI FIT CHALLENGE (NFC). 🏆 Pada 23 Julai 20 NALURI FIT CHALLENGE (NFC). 🏆

Pada 23 Julai 2022 yang lepas, telah bermulanya program ‘NFC: 30 Days Fitness Challenge’. Termasuk harini, 11 cabaran telah dilakukan. Apa yang lebih menarik, kali ini kita libatkan ibu bapa di rumah untuk bersama-sama jayakan ‘challenge ni’.

Pelbagai cabaran telah ditetapkan untuk setiap hari, antaranya melompat 10 kali, origami bunga, memadankan huruf, ‘ number pom pom challenge’, ‘lines jumping’, ‘letters matching’, lari 200 meter dan pelbagai lagi. Anak-anak diberikan kad challenge untuk mereka tandakan jika selesai dengan cabaran yang diberi. 🏃🏻🏃🏻‍♀️

Apa objektif program ini? Ia adalah untuk memberi peluang kepada anak membina keyakinan diri dengan melakukan cabaran ini, mereka dapat tahu mereka mampu selesaikan cabaran yang dilihat sukar. 

Seterusnya, program ini untuk meraikan penglibatan anak-anak dan usaha mereka sepanjang berada di NALURI Kreatif. Selain itu, cabaran ini dapat membina rutin harian yang cergas dan sihat untuk semua keluarga NALURI. Akhir sekali, untuk menjemput penglibatan ibu bapa dalam aktiviti persekolahan ini. ✨

Terima kasih ibu bapa kerana memberi kerjasama yang begitu baik. Semoga ia menjadi salah satu memori bermakna bersama anak-anak anda! Syabas juga kepada guru dan anak-anak yang semangat untuk menjayakan cabaran ini! 💪🏻💪🏻

Jom lihat kompilasi video yang ibu bapa dan guru share! 🤩

#nalurifitchallenge #nalurikreatif #30daysfitchallenge #healthykidshappykids #sportday
Salam Ma’al Hijrah dan Awal Muharram dari NALURI Salam Ma’al Hijrah dan Awal Muharram dari NALURI Kreatif kepada seluruh umat Islam. 🕌

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah tarikh yang penting pada umat islam. Awal Muharram disambut bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini, memberikan hikmah yang besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, seterusnya Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam. Semoga dalam tahun baru ini, kita dilimpahi dengan keberkatan, keamanan dan kebijaksanaan dari segala aspek. 🤲🏻

Salam Ma’al Hijrah dari NALURI Kreatif! ✨
NALURI Internal Teachers Training (NITT 2.0) - Par NALURI Internal Teachers Training (NITT 2.0) - Part 2 👩🏻‍🏫

Objektif umum NITT adalah untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran semua guru mengikut tahap standard yang telah ditetapkan oleh NALURI Kreatif. NITT kali ini memberi fokus kepada tajuk Pentaksiran Berkala, Hubungan Profesional Guru dan Ibu Bapa serta Pembelajaran Fonik dan Literasi.

Tahniah guru-guru NALURI Kreatif atas komitmen yang begitu tinggi!
Terima kasih juga diucapkan kepada pasukan NLI Education yang bertungkus-lumus menjalankan tugas sebagai urusetia demi memastikan progam NITT kali ini berjalan dengan lancar. 

Championing Happy Children Ecosystem Proficiently 🎓
NALURI Internal Teachers Training (NITT 2.0) - Par NALURI Internal Teachers Training (NITT 2.0) - Part 1 👩🏻‍🏫 

Pada Jumaat dan Sabtu yang lalu, program NITT telah diteruskan untuk siri yang ke-2 tahun ini. Setelah hampir 2 tahun menjalani sesi latihan secara online, kali ini NITT dilakukan secara bersemuka di pejabat pengurusan NALURI Kreatif di Bandar Baru Bangi. 

Walaupun program bermula jam 8.30 pagi tetapi seawal jam 7.30 pagi lagi sudah ada guru yang tiba ke tempat latihan. Program tamat kira-kira jam 7 petang bagi memastikan semua objektif latihan dapat dicapai dengan baik. Fuh, memang terasa semangat guru-guru! Mereka tetap kekal ceria sehingga ke penghujung program. 

Sesi latihan ini disampaikan oleh pemimpin yang hebat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Antaranya adalah Puan Hanan, Puan Anati dan Puan Anis.

Championing Happy Children Ecosystem Proficiently 🎓
Simulasi Ibadah Haji & Korban di Tadika NALURI Kre Simulasi Ibadah Haji & Korban di Tadika NALURI Kreatif 🐂
.
.
.
.
.
.
#nalurikreatif #ibadahhaji #ibadahkorban #roleplay #playandlearn #kidsactivities #kindergarten #pinggiranputra #reel
Simulasi Ibadah Qurban 🐮 Dari aktiviti ini, gu Simulasi Ibadah Qurban 🐮

Dari aktiviti ini, guru sudah lengkapkan anak dengan pengetahuan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana perintah Allah SWT.

Proses menyembelih, melapah dan memotong daging dilakukan secara bergilir dan bersama-sama. Nampak seperti daging lembu betul kan? Kreatif anak-anak dan para guru di sini 🥳

Selepas selesai simulasi ibadah Qurban, guru juga melakukan latihan membaca dan menulis bersama-sama. Selain itu aktiviti mewarna dan mencari perkataan juga dijalankan. Semua aktiviti ini dilakukan dengan 1 tema iaitu sambutan Aidiladha.

Kebaikan dari aktiviti ini, anak-anak dapat menambah ilmu pengetahuan yang baru, meneroka pelbagai kemahiran motor dan berkomunikasi serta berfikir 💡

Semoga anak-anak seronok dengan pengalaman baru mereka ini.
Simulasi Ibadah Haji 🕋 Macam mana cara untuk m Simulasi Ibadah Haji 🕋

Macam mana cara untuk memulakan aktiviti “role play” atau simulasi ini? Setiap aktiviti di tadika NALURI Kreatif, para guru akan merancang setiap permulaan dan penutup aktiviti untuk menarik minat anak. Mula-mula, guru akan berbincang dengan anak tentang perayaan yang disambut oleh umat Islam iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Guru juga akan membincangkan tentang perbezaan kedua-dua perayaan ini. 

Setelah itu, guru bercerita pula tentang sambutan perayaan Aidiladha disambut bersempena dengan apa. Apabila anak-anak mulai faham, guru memasang video talbiyah haji dan membaca bersama-sama anak. Selepas itu bermulahlah simulasi haji ini. Bermula dengan tawaf, melontar batu di Jamratul Aqabah dan berlari-lari anak dari bukit Safa ke Marwah.

Tujuan role play ini adalah untuk mengajar anak-anak cara mengelilingi Kaabah. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan keyakinan anak kerana simulasi ini memberi mereka situasi seperti pengalaman yang sebenar.

Tahniah guru dan anak NALURI Kreatif Pinggiran Putra! ✨
NALURI Kreatif Little Hajj. 🕋 Selain ibadah Qu NALURI Kreatif Little Hajj. 🕋

Selain ibadah Qurban, ibadah Haji juga dilakukan ketika Aidiladha. Jadi NALURI Kreatif memberikan pengalaman yang bermakna kepada anak-anak, iaitu menunaikan haji! Ini adalah salah satu inisiatif untuk memperkenalkan kanak-kanak dengan rukun Islam yang ke-5.

Semua persiapan seperti kapal terbang dan replika Ka’abah disiapkan bersama-sama anak ini. Dari menaiki kapal terbang, memeriksa passport, memakai ‘lanyard’ jemaah haji, tawaf, melakukan Sa'ie dari Bukit Safa ke Marwah, melontar Jamrah, bermalam di Muzdalifah dan pelbagai lagi pengalaman yang mereka dapat ketika simulasi ini.

Rasa seperti mengerjakan haji betul bila lihat gambar mereka ini. Mereka semua sangat seronok dan berharap mereka dapat tunaikan haji kelak. 🤩

Aktiviti “roleplay” seperti ini dapat memberikan anak gambaran dalam situasi sebenar dan mempersiapkan mereka dengan ilmu tentang haji dengan baik. Semoga mereka semua seronok dengan pengalaman yang penuh bermakna ini. 

Tahniah guru, anak-anak dan juga ibu bapa NALURI Kreatif atas kerjasama dalam menjayakan program roleplay ini! ✨

#nalurikreatif #littlehajj #haji #aidiladha #tadika
Ibadah Qurban Anak-Anak NALURI Kreatif. 🐮 Bers Ibadah Qurban Anak-Anak NALURI Kreatif. 🐮

Bersempena dengan sambutan raya haji beberapa hari lalu, tadika NALURI Kreatif tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan sendiri ibadah qurban kepada anak-anak secara "role play" atau simulasi.

Sebelum memulakan program qurban mereka, guru mula menerangkan tentang apa itu qurban, hukum qurban untuk umat Islam, dan sebagainya. Seperti yang kita tahu, hukum qurban adalah sunat mu’akkad (sunat yang dituntut). Maka bermulalah perbincangan mereka tentang ibadah qurban dengan pelbagai persoalan yang timbul dari anak-anak kecil ini. Perbincangan dua hala amat baik untuk kanak-kanak kerana ia mengasah daya pemikiran kritikal mereka.

Setelah selesai perbincangan, proses menyembelih lembu dimulakan. Kreatif mereka ni, guna kotak sahaja untuk sediakan lembu. Mula-mula, mereka melakukan proses penyembelihan, sambil guru menerangkan cara menyembelih yang betul. 

Selepas itu, proses melapah dan memotong daging. Wahhh... Seperti dalam situasi sebenar ya, anak-anak semua teruja! Bukan proses itu sahaja, membahagikan bahagian daging juga dilakukan. 🤩

Kebaikan simulasi ini, anak dapat merasai keadaan sebenar dan dapat membantu mereka memproses maklumat dengan mudah.

Tahniah para guru dan anak-anak NALURI Kreatif Bangi Seksyen 4! ✨
NALURI Kreatif mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil NALURI Kreatif mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat islam. ✨

Hari raya aidil adha adalah untuk memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.

Semoga kita dapat sambut perayaan kali ini dengan kesyukuran dan keredaan bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidil Adha! 🥰
✨7 Amalan Sunnah Hari Raya Aidiladha Yang Boleh ✨7 Amalan Sunnah Hari Raya Aidiladha Yang Boleh Dibincangkan Bersama Anak✨ 

Umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha yang juga disebut sebagai Hari Raya Haji. Ramai antara kita mengetahui hari raya ini disambut sebagai tanda peringatan kesanggupan Nabi Ibrahim AS, untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail AS sebagai mematuhi perintah Allah S.W.T.

Bersempena dengan sambutan dan peringatan ini, ibu bapa mesti ingin beri pencerahan pada anak-anak tentang sambutan Hari Raya Aidiladha pada anak-anak. 

Berikut adalah 7 amalan sunnah pada Hari Raya Aidiladha yang ibu bapa boleh bincangkan:

1️⃣ Mandi solat sunat Aidiladha
2️⃣ Memakai pakaian yang baik
3️⃣ Makan dan minum selepas solat sunat Aidiladha
4️⃣ Bertakbir, bertahlil, bertahmid
5️⃣ Solat sunat Aidiladha & mendengar khutbah
6️⃣ Merapatkan hubungan silaturrahim
7️⃣ Bersedekah kepada mereka yang memerlukan

Ini antara sunnah yang boleh di buat ketika perayaan Aidiladha. Ibu bapa boleh menerangkan ketujuh sunnah ini dengan cara bercerita. 

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaanNya jua.
Cooking Project: ABC, Cendol, Serawa Pisang 👩🏻‍🍳
.
.
.
.
.
.
#nalurikreatif #playandlearn #cooking #project #kindergarten #tadika #kidsactivityideas #kidsactivity #teacher #reel
Cooking Project: ABC, Cendol, Serawa Pisang 🍧🍌👩🏻‍🍳

Semalam NALURI Kreatif Bangi Seksyen 3 menjalankan ‘Big Cooking Project’. 3 menu yang mereka sediakan, iaitu ABC, Cendol dan Serawa Pisang. Tiga jenis pencuci mulut anak-anak ini sediakan. Hebat mereka ni!

Seperti biasa, sebelum bermulanya aktiviti, teacher akan kenalkan bahan-bahan masakan seperti cincau, cendol, jagung, santan, pisang, gula melaka, daun pandan dan sebagainya. Seronok anak-anak kerana mereka dapat mengenal sesuatu yang baru.

Sambil memasak, teacher menceritakan tentang setiap bahan, apa fungsi bahan yang digunakan dan khasiat bahan-bahan itu. Dari sini, mereka dapat bertukar pendapat dan idea. Pelbagai soalan yang timbul, seperti ‘kenapa kena pakai santan?’. Semua ini dapat mengasah daya berfikir anak-anak. 💡

Mereka memasak secara bergilir untuk memberi semua orang pengalaman menyediakan makanan. Ini untuk mengasah cara mereka bertolak ansur dan bekerjasama juga untuk memberikan pengalaman yang bermakna kepada setiap anak. Selepas siap memasak mestilah sesi merasa! Seronok anak-anak kerana mereka dapat sediakan bukan satu tetapi 3 menu!

Tahniah anak-anak dan guru NALURI Kreatif Bangi Seksyen 3! 🥳
Early Childhood Training Series Day 3! 😁 . . . Early Childhood Training Series Day 3! 😁
.
.
.
.
.
.
#nalurikreatif #kindergarten #tadika #training #seminar #management #earlychildhoodeducation #ostiabangi #reel
Early Childhood Training Series (ECTS) Day 3 💪🏻

Program ECTS ini berlangsung selama 3 hari dengan pendekatan tajuk yang berbeza. Hari terakhir ini bertajuk Pre School Teaching 101 Series 1: Mastering The Fundamentals of Pre School Teaching. 

Rata-rata peserta merupakan guru-guru dari pelbagai latar belakang, membincangkan tentang perkembangan & tingkah laku kanak-kanak, aktiviti yang menarik boleh dilakukan bersama anak dan pelbagai lagi.

Masing-masing kelihatan mengambil peluang dalam berkongsi dan mengembangkan idea masing-masing. Semoga para peserta dapat sesuatu idea yang baru untuk digunakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini. 

Maka tamatlah 3 hari program latihan bersama NLI Education Sdn Bhd. Jumpa lagi pada siri ke-2! 🤗
Early Childhood Training Series Day 2 ✨ Lihat p Early Childhood Training Series Day 2 ✨

Lihat pelbagai ragam dan gelagat para peserta ketika sesi perbincangan berkaitan ‘Leadership’ dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. 

Topik yang jarang dibincangkan dalam sesi rasmi seperti ini tetapi para pengurus dan guru selalu menghadapi masalah mengenainya. 

Antara persoalan yang dilontarkan; “Apa saya nak buat bila ada guru dalam pasukan saya yang susah tak nak ikut konsep mengajar yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan? Dia suka membanding-bandingkan dengan tempat kerja dia sebelum ini”.

Persoalan dijawab dengan begitu teliti oleh Puan Nurul Hanan, selaku penyampai utama sesi semalam, Understanding Your Role As A Leader.
Early Childhood Training Series (ECTS) Day 2 ✨ Early Childhood Training Series (ECTS) Day 2 ✨ 

Bertajuk Pre School Teachers Leadership 101 - Managing Your Pre School Professionally. Program khas untuk pengurus tadika dan taska. Antara topik yang dibincangkan dalam topik kali ini adalah mencari, melatih dan mengurus bakat, potensi kakitangan, pengurusan dan komunikasi pasukan, kemahiran penugasan dan kerjasama, kesihatan mental dan budaya kerja, serta kepimpinan yang praktikal dalam industri dan banyak lagi.

Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat digunakan dalam organisasi peserta! Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan team NLI Education kerana bersama-sama mejayakan program ini.
Load More... Follow on Instagram

JOIN OUR NEWSLETTER

Be the first to know about the latest updates & more!

  • Home
  • About NALURI
  • Find A Centre
  • Blog
Menu
  • Home
  • About NALURI
  • Find A Centre
  • Blog
  • NALURI Playhouse
  • NALURI Pre-School
  • NALURI Creative Islamic School
  • NALURI Trial Programme
Menu
  • NALURI Playhouse
  • NALURI Pre-School
  • NALURI Creative Islamic School
  • NALURI Trial Programme

Management Office:
B-3-1, Jalan Ostia Utama,
Taman Ostia Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi

Whatsapp
Register Now
Facebook Youtube Instagram

Copyright © 2010-2021 Naluri Kreatif – Natural Learning Initiatives.