fbpx

5-9 September

Cuti Sekolah adalah waktu yang amat sesuai untuk kita berikan anak-anak pengalaman menyeronokkan. Kali ini NALURI Kreatif membawakan Tema Exploring Outdoors & Local Stories sebagai fokus utama. Dengan pelbagai aktiviti menarik selama 5 hari, anak-anak akan mendapat pengalaman unik bersama rakan-rakan.

Exploring Outdoors

Exploring Outdoors membawakan aktiviti-aktiviti di luar bangunan yang menyeronokkan. Anak-anak akan teruja dengan aktiviti di padang, dikelilingi pokok-pokok dan tumbuhan, serta di bawah sinaran matahari dan angin yang menghembus damai. Pengalaman beraktiviti yang jarang didapati! Malah, semakin penting kerana dunia hari ini semakin kompleks, beraktiviti dengan alam semulajadi membantu anak menjadi gembira, fokus, tenang dan melatih sensori dan menjadikan badan lebih sihat!

Aktiviti yang akan dilakukan dalam tema Exploring Outdoors adalah:

  • My Garden Decoration: Colourful Bottles in My Garden
  • Outdoor Kitchen: Popia Carbonara & Laici Bunga Telang
  • Garden Science Experiment: Soil Erosion Experiment
  • Wordworks Time: Hello Robowood!
  • Chill Reading & Picnic: Family Love

WOWWWWWW, apa pendapat ibu bapa? Seronok tak aktiviti di atas. Kami sangat-sangat percaya aktiviti di luar bilik darjah, disertai dengan suasana alam akan membantu melahirkan anak-anak yang mandiri, ceria dan bijaksana.

Lembah Klang

Pantai Timur

Local Stories

Bagi menghayati nilai patriotik, semangat sayangkan negara dan bangsa, anak-anak akan mendengar kisah dari sejarah tanah air dan kisah haiwan yang banyak memberi pengajaran dan manfaat mengenai nilai kehidupan. Anak-akan teruja mendengar kisah dan mendapat ilmu mengenai sejarah, tokoh, dan perjuangan mereka, keseronokan mendengar legenda dari kisah haiwan dan pengajarannya.

Kisah – kisah yang akan dikupas adalah:

  • Pahlawan Sejarah: Dato’ Maharaja Lela
  • Kisah Teladan Haiwan: Sang Merak dan Sang Gagak
  • Pahlawan Sejarah: Tok Gajah
  • Kisah Teladan Haiwan: Kisah Si Monyet dan Cili 
  • Kisah Lagenda: Si Tanggang

Hmm, menarik kan? Cuba bayangkan kalau kita kongsikan kisah-kisah di atas dengan anak-anak 5- 9 tahun. Agaknya apa reaksi mereka? Mereka akan berfikir, bertanya soalan, berinteraksi dan memupuk nilai cintakan negara dan bangsa.

Lembah Klang

Pantai Timur

Quranic Circle Time

Setiap pagi, rutin Holiday @ NALURI akan dimulakan dengan Quranic Circle Time, satu aktiviti pengenalan yang santai dan ceria bagi memastikan anak-anak mempunyai pengalaman yang seronok setiap pagi.

Pada musim cuti sekolah ini, kami fokuskan kepada:

  • Aktiviti Hafazan Al-Quran 
  • Bacaan Iqra’ dan Al- Qur’an
  • Islamic Songs & Games

Kami harapkan anak-anak akan biasa dengan rutin Islami dan menyukai aktivitinya! Menghafaz Al-Quran di awal pagi lebih mudah kerana minda masih cerdas.

Lembah Klang

Pantai Timur

Art & Craft

Art & Craft Projects merupakan sesi tetap dalam setiap program di NALURI Kreatif. Kali ini, sesi art & craft mempunyai kesinambungan dengan sesi Local Stories, di mana aktiviti ini mengambil inspirasi dari kisah-kisah yang diceritakan kepada anak-anak pada hari tersebut. Ini bermakna, ada perkaitan dan kesinambungan antara kedua-dua sesi ini. Anak-anak akan lebih menjiwai dan mengingati kisah-kisah yang dipelajari mereka dan dapat mengembangkannya dalam bentuk seni dan kraf.

  • Money Games 
  • Colour Experiment : Marker Chromatography 
  • Elephant Painting & Paper Craft
  • Monkey Puppet & Roleplay
  • Rubber Band Paddle Boat Craft &  Experiment

Lembah Klang

Pantai Timur

Semua projek dan aktiviti menyeronokkan ini akan berlangsung di semua premis NALURI Kreatif Pre School dan Islamic School (Kuala Terengganu). Semua kanak-kanak berumur 5-9 tahun dijemput menyertai Program Cuti Sekolah Holiday @ NALURI September 2022 ini.