Surah Al-Ma’un, Ramadan dan Kanak-kanak

Bersesuaian dengan tema Ramadan, anak-anak Holiday @ NALURI with Ramadan di Bukit Raja membedah Surah Al-Ma’un. Mereka mendengar surah, membacanya dan menghafaznya. Guru turut membuat sesi story telling menerangkan intipati surah ini. Secara santai anak-anak dapat memahami isi kandungan surah ini.

Mengambil pengajaran dari isinya mengenai anak-anak yatim, anak-anak mendalami sifat mengasihi anak yatim dan bersedekah. Bagi memupuk nilai pemurah ini, mereka menghasilkan Ramadan Sadaqah Jar. Penuh artistik botol masing-masing.

Semoga adik-adik terus menggali ibrah dari Al-Qur’an dan menjadi pengamal Al Qur’an yang mulia.