Assalamualaikum!
Kali ini anak-anak Naluri belajar membuat Kek Batik Chocolate Chip. Melalui aktiviti ini, anak-anak Naluri dapat mengetahui pelbagai lagi peralatan dapur dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Kek Batik Chocolate Chip.
.
Pelbagai reaksi dan pertanyaan anak-anak Naluri kerana tidak sabar untuk memulakan projek. Seperti biasa guru akan menjelaskan terlebih dahulu barang-barang dan bahan-bahan yang akan digunakan dalam aktiviti ini.
Aktiviti seperti ini dapat memupuk keyakinan diri anak-anak, selain menggalakkan anak-anak untuk lebih rajin membantu ibu di dapur; tidak terhad kepada anak-anak perempuan sahaja, malah anak-anak lelaki juga diberi tanggungjawab yang sama.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1)Biskut Marie
2)Milo
3)Susu pekat
4)Butter
5)Chocolate Chip
6)Serbuk koko
Buku resepi juga disediakan
Anak Naluri sedang mengasingkan susu daripada tin ke dalam cawan
Patahkan biskut kepada 4 bahagian seperti di dalam gambar
Sukat 2 cawan milo
Masukkan butter ke dalam periuk untuk dicairkan
Campurkan biskut, milo, susu dengan butterdan masuk ke dalam loyang.
Tekan semua bahan di dalam loyang seperti gambar di bawah.
Taburkan chip ke atas kek
ok dah siap