Ramadhan Good Deed Tree

ISTIMEWANYA bulan ramadan adalah setiap amal kebaikan kebajikan yang dilakukan akan dilipat gandakan pahalanya dari 10 sehinggalah 700 kali ganda oleh Allah s.w.t. Best kan.
.
Jadi ibubapa dan guru boleh lah kongsi info keseronokkan ini pada anak supaya mereka banyak – banyak buat baik pada bulan ramadan ini dan untuk lebih ceriakan suasana bagusnya aktiviti “Ramadhan Good Deed Tree” ini dilakukan bersama
.
Antaranya yang boleh dipraktikkan dalam aktiviti diatas adalah sedekah, senyum, tolong kemas rumah, bersihkan sekolah, dengar cakap ibu ayah guru, kongsi mainan, cakap baik – baik, hantar makanan pada jiran dll
.
Secara tidak langsung, penghayatan anak terhadap bulan ramadan sedikit sebanyak bertambah walaupun mereka belum mampu untuk puasa di siang harinya dengan sempurna. Hal ini kerana mereka tiada kewajipan untuk berpuasa melainkan hanya di fasa latihan. In shaa allah
.
#NaturalLearningWay#
#RamadhanReflectionHoliday#
#NALURIBukitRaja#