Assalamualaikum!

Mini Zoo! wahh menariknya!

Anak-anak Naluri Terengganu membuat projek mini zoo kali ini. Pelbagai jenis haiwan antaranya rama-rama, dinosour , kura-kura dan bermacam lagi.

Guru Naluri menggunakan kad imbasan juga untuk ‘brainstorm’ haiwan-haiwan di dalam zoo kepada anak-anak.

Walaupun hasilnya tidak serupa seperti haiwan di dalam zoo tapi guru Naluri berpuas hati apabila sepanjang anak-anak membentukkan haiwan menggunakan playdough mereka berbual tentang haiwan apa yang berada di dalam zoo.

Pembelajaran seperti ini bukan sahaja melihat kreativiti anak-anak tetapi cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain juga.

Mereka rancak berdiskusi sambil membantu rakannya berimaginasi bagaimana bentuk haiwan seperti gajah, rama-rama dan lain-lain.

Oleh itu, dari pembelajaran semulajadi seperti ini dapat kita lihat bagaimana anak-anak mengunakan ingatan mereka dalam mengingati rupa bentuk haiwan.

*sebelum tu, guru-guru telah membuat storytelling Ben & Bella Go to The Zoo (di dalam buku ini menceritakan semua haiwan yang berada di dalam zoo)

befa43a0-8d2b-435e-8837-3a8ce1d7bc1e

 

383420fa-7380-4b42-ade4-54b237198057

Projek Mini Zoo Naluri Kuala Terengganu

Cara-caranya ialah:

1. Uli playdough sendiri –  1kg tepung
2. Bentukkan haiwan dalam zoo masing-masing
3. Cat haiwan yang dibuat guna water color
4. Pindahkah pindahkan masuk dalam Zoo (kotak) 
5. Hias Zoo

3c37473f-14c4-4abe-a73b-27595a6eb77b

 Anak-anak tengah membuat adunan playdough

ce936e01-8927-4fd0-9da1-f757c7db3e0a

 

6eefa413-9f32-4e76-b812-d9900f78d99f

Anak-anak sedang menghias zoo

 

b3f9672d-757c-46e6-b8db-aa9dcc0b8ca0Anak-anak sedang warnakan haiwan yang dibuat dari playdough


f059b4b6-d657-437d-a4e6-8cb96b691372

34d5d025-bd6b-47a0-8c68-b87fa16c35df

4eecd7c2-5025-4555-9e8c-da67de9468cd

 Siap! Anak-anak bergambar bersama mini zoo yang telah disiapkan.