NALURI PLAYHOUSE KUALA TERENGGANU!

 

Untuk siapa? Khusus untuk yang anaknya 1-3 tahun,

Mengapa Perlu?

Peringkat umur 0 hingga 3 tahun merupakan fasa perkembangan paling pesat bagi seorang anak. Minda, tubuh badan serta aspek psikologi berkembang dengan begitu rancak. Malah perkembangan di fasa ini mengalahkan perkembangan di usia lain selepas 3 tahun. Ini kerana bayi ini sedang menyesuaikan diri, mempelajari untuk membesar sebagai kanak-kanak dan seterusnya.

Bagi mencapai proses perkembangan optimum, anak-anak perlu diberi sokongan dari persekitarannya, ibu bapa, keluarga dan nursery/taska. Anak-anak yang dibiarkan tanpa rangsangan tidak dapat mencapai proses perkembangan seperti yang sepatutnya mereka lalui.

Melihat keperluan yang amat mendesak ini, NALURI dengan ini berbesar hati menubuhkan NALURI Playhouse yang pertama di Kuala Terengganu, NALURI Playhouse KP Perdana, Kuala Terengganu. Bersebelahan dengan Tadika NALURI KP Perdana, Kuala Terengganu, NALURI Playhouse mensasarkan anak-anak berusia 1 hingga 3 tahun sebagai anak didiknya.

Berasaskan ‘Natural Learning Concept’, NALURI Playhouse menyediakan banyak peluang pembelajaran melalui pengalaman (Experiental Learning). Anak-anak terbukti belajar dengan cemerlang melalui pengalaman mereka.

Susunatur ruang NALURI Playhouse dirangka agar luas dan selamat. Suasana yang besar diperlukan untuk anak-anak kecil ini meneroka dunia mereka sambil merangkak, bertatih, bejalan, berlari dan melompat.

Ruang-ruang juga dicipta dengan fungsi yang bereza-beza. Reading corner, indoor play gym, messy and art centre, audio visual corner, and nap area adalah antara ruangan utama NALURI Playhouse. Ini memastikan self-directed learning berlaku setiap masa dan potensi sebenar anak dapat diraih dengan baik.

Suasana yang ceria dan tenang diwujudkan di semua ruang NALURI Playhouse. Ia bagi merangsang penglihatan dan minda anak-anak kecil ini. Warna yang ceria dan terang membantu anak untuk tertarik kepada suasana Playhouse.

Jadual perjalanan harian NALURI Playhouse memberi fokus seimbang kepada semua aspek perkembangan anak-anak khusus untuk berusia 1 hingga 3 tahun. Penekanan ini sesuai dengan keperluan anak-anak ini untuk melepasi fasa ini agar mereka berkeyakinan dan dapat berdikari.

Perkembangan bahasa, membaca dan komunikasi : Bayangkan anak anda bergolek di permaidani ruang membaca yang sungguh selesa dan membuat bunyi apabila membelek halaman buku tersebut. Guru-guru NALURI Playhouse turut terlatih membuat aksi dan intonasi ketika sesi story telling dengan anak-anak kecil ini. Walaupun belum pandai membaca, mereka akan membaca buku setiap hari ya bersama para guru Playhouse!

Latihan kemahiran kendiri bayi
Pengenalan kepada kemahiran hidup bagi peringkat bayi dan anak-anak kecil dilatih setiap hari. Berus gigi, pakai baju, masukkan butang, memakai kasut, minum dari cawan sendiri, latihan makan dari pinggan sendiri. Kematangan anak-anak akan terserlah apabila mereka lebih yakin dan mampu mengurus diri. Jangan risau, mereka tidak kelaparan dan dipastikan tetap bersih dan kemas. Guru-guru membantu proses ini.

Perkembangan motor kasar dan motor halus

Pendedahan irama, muzik dan pergerakan
Anak-anak sukakan irama. Irama adalah kunci kepada kegembiraan anak. Malah setiap pagi, action song amat penting untuk membangkitkan mood anak yang mungkin sedih berpisah sebentar dengan ibu bapa. Dari irama, mereka bersenam dan melihat ke dalam cermin gaya mereka. Di sana lahir jatidiri, perkembangan bahasa dan latihan senaman fizikal yang menyihatkan tubuh badan. Irama dan alunan Al Qur’an juga menjadi peneman anak-anak setiap pagi dan apabila waktu tidur mereka. Minda anak-anak menyerap irama wahyu ilahi ini dan membantu proses hafalan Al-Qur’an di usia ini.

Kemahiran berfikir asas logika dan matematik harian
Permainan bongkah, bermain Peekabo (sorok-sorok), permainan lego semuanya merangsang minda anak-anak mewujudkan asas-asas logika mereka. Mereka belajar tentang bongkah itu keras, bongkah besar perlu diletakkan di bawah, sekiranya tiada sokongan, bongkah boleh jatuh, gabungan bongkah boleh menghasilkan objek atau bentuk berbeza. Ini merupakan latihan fikiran logika yang amat penting untuk aplikasi dalam kehidupan seharian kita semua.

Penekanan kepada imaginasi, estetika dan kreativiti
Aktiviti seni kraf seperti origami, mengecat warna, membuat kolaj kertas dan sebagainya adalah antara aktiviti yang sering dibuat di NALURI Playhouse. Ia meraikan dunia kanak-kanak yang perlu ruang luas untuk mengeksperikan dirinya.

Latihan beraktiviti berasaskan tema
Tema membantu anak-anak memfokuskan minda mereka. Mereka akan memberi tumpuan penuh terhadap satu topik dari awal hingga akhir. Ini latihan minda yang perlu diasah sejak kecil lagi.
Kami mendedahkan anak-anak terhadap kura-kura. Kami tayangkan video ringkas dokumentari kura-kura. Kemudian guru membuat sesi bercerita kura-kura yang penuh gaya dan bahasa yang mengujakan. Siap dengan puppet kura-kura. Kura-kura yang hidup sebanyak 2 ekor dibeli dan diletakkan dalam kolam dan anak-anak bermain denganya. Anak-anak memegang kura-kura dan menyentuh kulitnya yang keras, serta melihat kura-kura berenang. Anak-anak buat playdough berbentuk kura-kura dan membawanya pulang. Apabila berjalan dengan ibu bapa mungkin ia mahu beli key chain kura-kura!

Begitulah gambaran konsep NALURI Playhouse yang kami tubuhkan. Rutin harian anak-anak akan dipenuhi dari pagi hingga ke petang dengan aktiviti yang penuh makna dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang akan menjadi titik tolak kepada kejayaan dan kematangan anak-anak dalam hidup mereka.

Kerana NALURI mempunyai visi ‘Nurturing Haibts of Excellence Through The Young Age’.

Hubungi pasukan kami untuk pertanyaan lanjut mengenai NALURI Playhouse :

Teacher Ummu 013 303 0760
Lot 1882, KP Perdana, Kubang Parit, Kuala Terengganu

Perkhidmatan kami di NALURI Playhouse

?Nursery 1 hingga 3 tahun : Full day activities & play
??Playgroup Isnin, Selasa, Rabu 3.30-5.00 petang