Perbualan dengan anak

Perbualan sejak anak berusia 0 hari membina asas perkembangan bahasa dan komunikasi yang betul. Berbuallah seperti anak memahami setiap patah perkataan yang kita ucapkan.

0 hari hingga 8 bulan

“Oo, iman nangis, nak tukar pampers ya, tak selesa.”

Basuh rambut Iman, basuh telinga iman, basuh tangan Iman

Kita nak baca buku, buku pasal kambing, bunyi kambing mmmbbeeeek…

8 bulan hingga 1 tahun

Anak dah mula mengeluarkan sedikit bunyi asas seperti “baba, mama, dada…”

“Mana mama? Mana Iman? Tu diaaaa Iman… tu dia mama”

“Baba pergi kerja. Mana baba? Baba kerja…”

1 tahun hingga 2 tahun

“Mana Anas? Siapa nama Anas, angkat tangan…”

“Mana hidung, mana hidung Anas?”

“Mana rambut? Mana rambut Anas?”

“Duduk Anas, Anas duduk.”

“Jom mandi, Anas nak mandi.”

“Minum, Anas nak minum ya?”

“Anas nak baca buku ya? jom baca buku!”

“Nak ikut ya? Anas nak ikut.”

“Sakit? Oo sakit kaki ya. Ok Umi garu kaki Anas. Gatal kot.”

Pada semua tahap tersebut, anak menuturkan kata-kata yang memerlukan pemerhatian rapi untuk difahami. Elakkan memarahi, kerana mereka belum berada pada tahap untuk mencipta ayat yang lengkap. Usahakan untuk memahami perkataan pendek yang anak ucapkan. Kebiasaannya, bunyi yang diujarkan adalah sama untuk aksi yang sama berulang kali.

Oleh: Nurul Hanan Arifin, Pengarah Urusan NLI Education Sdn Bhd

 

Melalui artikel di atas, jelaslah bahawa anak-anak mempunyai potensi yang luas dalam bertutur pada peringkat awal. Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan utama dalam proses perkembangan bahasa anak-anak.

Oleh itu, marilah beramai-ramai sertai bengkel khas yang dianjurkan oleh NLI Education, iaitu bengkel ‘Helping Your Child to Talk’ yang akan diadakan pada 18 Ogos 2018 yang bertempat di NLI Training Room, Seksyen 7, Bangi.

Pelbagai tips istimewa akan dikongsikan oleh speaker, iaitu Aisyah Kassim yang merupakan pakar patologis pertuturan bahasa dan banyak menjalankan perkhidmatan terapi individu dan kumpulan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan.

Maklumat Acara

? Bengkel: Helping Your Child To Talk
? Tarikh: 18 Ogos 2018/ Sabtu
? Masa: 9:30 pagi – 12:30 tengah hari
? Yuran : RM 70.00 seorang
? Yuran Nursery RM 20 seorang (bagi 2 tahun dan keatas)
? Tempat: Training Room, NLI Education Sdn Bhd, Seksyen 7, Bangi.

Untuk mendaftar, sila klik link ini : http://bit.ly/helpingyourchildtotalk

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Cik Nadhrah: http://www.wasap.my/6011-56671603