Dapatkan buku ini disini

Pasti tiada sesiapa disini yang mengimpikan menjadi ibu bapa yang bersuara singa dan harimau buat anaknya. Tetapi tanpa disedari dan dipinta, ia datang. Hari ini, saya ingin kupas serba sedikit pendekatan yang diketangahkan dalam buku Prophetic Parenting.

Okay, sebelum itu, cuba bayangkan kita pelakon sebagai emak atau ayah dalam situasi di bawah:

Kisah 1:
Suatu hari, Didi yang berumur 6 tahun sedang bereksperimen bersama adik-adiknya. Beliau sangat asyik menjumpai sesuatu yang menarik. Kali ini mereka membuat eksperimen menggunakan air dan sabun. Mamanya sedang sibuk menjaga adik kecil yang agak kurang sihat harini.

Setelah adiknya kecil tidur, mamanya ingin menjenguk keluar anak anak. Tiba-tiba mamanya yang sedang penat terjatuh tergelincir. Rupanya Didi tertumpah air campuran sabun tadi di atas lantai.

Bagaimanakah respon Mama dalam cerita itu? Bagaimana pula respon Didi?
Mampukah mama menahan amarah dan berlemah lembut ?

Kisah 2:
Suatu hari, Ahmad membuat karya yang tidak pernah Ahmad buat. Lama sangat beliau buat. Tiba tiba adiknya merosakkannya. Adik tak sengaja. Habis adik di marahnya Ahmad. Ahmad amat sedih dan geram. Adiknya pula menangis meraung.

Mama pula bagaimana?

Kisah ini memang tidak dilengkapkan. Hanya kita yang tahu kebiasaan kita.

Berlemah lembut
Berlemah lembut ni, senang untuk kita tutur kan atau tulis. Tapi apakah ia suatu yang senang untuk kita lakukan dengan konsisten. Ia kuasa hebat yang perlu kita perjuangkan untuk tidak melakukannnya.
.
Dalam buku Prophetic Parenting, dikupas mengenai berlemah lembut dalam perbahasan mengenai Sifat seorang pendidik berjaya. Ya mana mungkin kita berjaya mendidik dengan baik sekiranya kita sering kasar.
.

Daripada Aisyah RA,

“Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kelembutan tidaklah terdapat pada sesuatu melainkan akan menghiasinya, dan tidaklah dicabut dari sesuatu melainkan akan mencemarinya”

(Hadith Riwayat Muslim)

Daripada Jarir bind Abdillah RA, dia berkata

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ” Barangsiapa yang tidak dikurniakan kasih kelembutan, bererti dia tidak dikuriakan seluruh kebaikan.”

(Hadith Riwayat Muslim)


Menjadi orang lemah lembut memerlukan kita untuk menahan amarah dan memaafkan

“……serta orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

(Ali Imran [3]: 134)

.
Hati yang Penyayang
Selain itu antara sikap yang berkaitan adalah memiliki hati yang tenang. Sekiranya hati tidak bersifat mengasihi, sukar untuk kita PAKSA diri menjadi lemah lembut pada kanak-kanak.
.
Toleransi
Menjadi lemah lembut kepada anak juga memerlukan kita bersikap tolak ansur. Ada perkara yang tak perlu dipaksa-paksa anak tersebut. Ada perkara perlu beri ruang dan peluang untuk anak tersebut berbeza.
.
Ini hanyalah cebisan review dari kupasan di dalam buku yang sarat dengan ilmu bermakna buat semua yang terlibat dengan kanak-kanak

Rujukan :
Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak.
Dapatkan buku ini disini