Diantara budaya yang ada sekarang ialah semua kerja rumah diserahkan kepada pembantu rumah, sehingga anak kita yang sudah pun berumur 10 tahun tidak pandai nak membawa pinggannya ke dapur dan mengharapkan orang lain menyelesaikan kerjanya. Ini adalah satu masalah besar. Anak kita tidak pandai mengurus diri mereka lagi pada usia ini.

Bagi ibu bapa yang masih muda, pesanan saya adalah…

Ajal maut di tangan Tuhan. Kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. Inilah antara faktor yang mendorong saya membuat atau memberi yang terbaik kepada anak-anak dan anak-anak didik saya. Seboleh-bolehnya anak kita sudah dapat cakap apa yang dia mahu.

Nak makankah? nak coklat? demam? lapar? nak minum air? nak salin pampers? dan lain-lain boleh dinyatakan dengan tidak menyukarkan orang tuanya untuk meneka.
InsyaAllah dalam 1/2 tahun anak ini dah boleh minta makan nasi.

Dan juga boleh dapatkan sendiri apa yang diperlukan tanpa terlalu bergantung kepada oranag lain.

BAGAIMANA CARANYA YA?

Kalau kita perhatikan anak berumur satu tahun, mereka ini dah mula nak bercakap dan nak berjalan. Mungkin bercakap pelat lagi dan berjalan pun belum tegap betul.

Antara tips-tips yang boleh diaplikasikan ialah:

1. Ketika anak kita sedang merangkak, beri dia aktiviti yang menggalakkan lagi dia untuk merangkak seperti mengejar bola, pergi mengambil mainan yang disukai, meletakkan permainan yang digemarinya dengan jarak jauh sikit, iaitu jarak yang cukup untuk anak kita mencuba. Tetapi, janganlah jauh sangat sampai anak rasa terseksa pula.

2. Kalau ada tangga di rumah, anak akan teruja untuk cuba naik tangga. Persoalannya,
Adakah boleh kita benarkan anak kecil yang belum boleh berjalan untuk menaiki tangga? ??

Bagi saya tiada halangan untuk membenarkan anak itu meneruskan penerokaannya dengan syarat kita ada bersama, sentiasa mengawasai langkah-langkah percubaannya dan keselamatannya terjamin.

3. Anak ini sudah boleh belajar membuka dan menutup switch lampu dengan pertolongan mak dan ayahnya.

4. Anak dalam usia ini juga sudah boleh bermain, menyambut dan menyepak bola. Pastikan di rumah kita ada pelbagai jenis bola yang boleh diselidiki sifatnya oleh saintis muda ini.

5. Kemahuan anak untuk makan dan suap nasi sendiri semakin menonjol. Anak akan lebih selera jika dia dapat pegang dan buat uji kaji tentang nasi dan makanannya. Akibatnya, ruang makan akan berselerak. Saya walaupun tak syorkan buat begini di rumah orang atau majlis-majlis… haha… Ada hadnya juga ya.

Dalam melaksanakan tips 1-5 itu , kita sebagai ibu bapa kepada anak kita yang lelaki atau perempuan, hendaklah mengiringi perbuatan itu dengan perbualan-perbualan tentang apa yang sedang berlaku… masukkan elemen suspen, gurauan sambil menyebut nama benda tersebut atau situasi…

Contohnya :

“Abdullah nak tutup lampu…”
“Abdullah lapar ya? nak makan nasi?
(sambil bawa dia ke meja makan… mimik muka kita menunjukkan lapar… tangan pegang-pegang perut kita)

Jadi, dengan cara ini, anak-anak akan faham bagaimana hendak mengekspresikan dirinya nanti apabila dia boleh bercakap.

Anak-anak yang dilatih untuk berdikari akan lebih yakin dan ini akan dapat membantu dalam pembelajaran mereka nanti.