Kad Raya!
Bestnya anak anak Naluri Greenwood buat kad raya . Cantik cantik pulak tu.
Anak Naluri sedang menulis dan melukis masjid
Langkah-langkah:
⭐Sebelum membuat projek guru menunjukkan video iklan raya petronas yang sedih untuk anak-anak tahu bagaimana rasanya beraya tanpa ibu dan ayah.
(Reaksi anak-anak ialah sedihnya teacher! kesian dia!)
Tujuan video ditunjukkan kepada anak anak naluri bagi memberi kesedaran dan kefahaman terhadap pengorbanan ibubapa dalam membesarkan anak-anak dan bagaimana sekiranya beraya tanya orang yang tersayang. Jadi, anak anak perlulah sentiasa menyayangi ibubapa dan rasa bersyukur kerana masih mempunyai ibubapa . Melalui video ini juga anak-anak dapat menjiwai dan berasa syukur ketika membuat projek kad raya.
Anak Naluri sedang menampal kertas warna
Jom kita tengok apakah bahan-bahannya
Bahan-bahan:
1. Kertas manilakad
2. Kertas warna
3. Gam
4. Gam uhu
5. Kokoru
6. Sticker
7. Reben
8. Warna pensel
9. Gunting
Semasa aktiviti:
1. Guru memberi penerangan apa itu hari raya
2. Guru membuat Q&A dengan anak-anak tentang raya (masa ni macam-macam anak memberi jawapan)
3. Kemudian guru menunjukkan demo membuat kad raya
4. Apabila siap bolehlah hias di tadika
5. Last sekali cikgu-cikgu nyanyi lagu raya bersama anak-anak
inilah hasilnya, siap anak-anak tulis lagi selamat hari raya
ini pula hasil Anak Naluri lelaki. Kemas dan kreatif.