Menginspirasi Anak Bertutur

.
Alhamdulillah Hari Nuzul Al-Quran tempoh hari di isi dengan bengkel menginspirasi anak bertutur di NALURI Playhouse Kuala Terengganu. Sesi ini di sampai oleh Puan Nurul Izanaa Ab. Rahman ( Patologi Pertuturan-Bahasa).
.
Sedikit perkongsiaan daripada Pn Ummu Atikah mengenai Bengkel tersebut.
.
Sesi bersama Speech Therapist semalam sangatlah membuka mata saya, saya belajar bahawa saya yang bertanggungjawab merangsang pertuturan anak sebelum semuanya terlambat.
.
Beberapa tips komunikasi yang asas tapi sering kita terlepas pandang adalah:
.
1. Bercakap pada posisi berhadapan.
Kami diminta untuk bercakap dan berborak membelakangi satu sama lain. Memang agak susah apabila hanya mendengar suara sahaja. Kita tidak lihat sendiri response non-verbal pada wajah dan bahasa badan kawan itu, rasa seperti bercakap dengan dinding saja.
.
Kemudian diminta pula salah seorang daripada kami berdiri, seorang lagi duduk. Walaupun keduanya berhadapan sesama sendiri, kami tetap sukar nak betul-betul berkomunikasi.
.
Agaknya inilah perasaan anak apabila kita yang dewasa bercakap dari jauh saja pada anak. Kita berdiri sambil bercakap dengan anak, tetapi anak hanya melihat bahagian bawah badan kita ke bawah. Kesian anak sebab memang mereka tak nampak ekspresi wajah kita. Kita sangka kita sudah cukup merangsang anak bertutur, rupanya tidak cukup lengkap.
.
Kita sendiri yang menghadkan peluang untuk anak dapat berkomunikasi secara efektif.
.
2. Mulakan bercakap tanpa soalan.
Ini lah poin yang paling sukar untuk buat. Tambahan pula menjadi kebiasaan seorang guru bertanya soalan.
.
Sangkaan kita dah cukup bagus kita guna teknik ini untuk anak berfikir dan cerdas otak. Namun selalunya anak rasa stress dengan soalan yang tanpa henti.
.
Yang dewasa sendiri pun stress ditanya soalan demi soalan, apatah lagi anak kecil.
.
Jadi lebih baik mula berbicara dengan anak tanpa menggunakan soalan. Gunakan sahaja ayat penyata, penuh dengan nada yang menarik perhatian dan memancing anak untuk turut serta berbicara dengan kita.
.
Agaknya ini antara penyebab kita kononnya membacakan buku tiap-tiap malam sebelum tidur pada anak, tetapi anak tidak memberi response langsung. Pasti anak penat nak menjawab soalan bertubi-tubi tentang buku yang mak ayah baca. Walhal patutnya anak-anak mendengar cerita itu dibacakan. Hanya menghayati, tidak perlu pening berfikir untuk menjawab soalan.
.
3. Amalkan kiraan 5 saat
Saya rasa bersalah apabila diberitahu tentang teknik ini. Tidak dapat saya bayangkan anak-anak yang di’paksa’ mendengar tanpa sedikitpun memahami apa yang kita katakan.
.
‘Mak nak kakak bawah baju tu ke bilik. Bukan ke dapur. Kakak dengar tak mak cakap ni? Nanti kotor baju tu’
.
Anak tak sempat nak digest dan absorb apa yang kita sebenarnya nak beritahu. Dan yang paling malang, kita tidak memberi masa pun untuk anak menjawab.
.
Jadi selepas ini kita cuba untuk beri anak ruang untuk bercakap, kemudiaan baru kita respon semula.
.
Jangan sampai anak merasakan tiada keperluan untuk bercakap kerana memang tidak diberi peluang.
.
Sebenarnya banyak lagi tips lain, inshaaah saya kongsikan nanti. Yang penting, semua ini perlu diaplikasikan supaya anak kecil ada kasempatan untuk meluahkan apa mereka rasa dan fikir.