Dapatkan set ini di link : https://naluriparentingcafe.com/shop

Masa kecil dahulu, mesti anda pernah main masak-masak, jual-jual, rumah-rumah atau ‘pretend play’ kan? Permaianan sebegini adalah permaianan yang sangat bermanfaat dan perlu digalakkan kerana banyak kebaikannya kepada anak.

1. Membantu Kemahiran Sosial
Bermain sebegini membantu anak bertolak ansur dengan kawan, menggalakkan kerjasama, dan memberi peluang kepada anak, bagaimana untuk saling seronok dalam menjayakan hasrat mereka. Di sini, kita akan dengar perbualan tentang ini saya punya, boleh saya pinjam, lepas ni saya pula, oh sorry ya saya tak sengaja, tak apa, awak nak makan apa?

2. Membantu Perkembangan Bahasa
Mewujudkan suasana dan bahan untuk ‘pretend play’ berlaku, ia membantu mereka untuk teruja untuk berkata-kata. Keseronokan yang ingin kongsi melalui kata-kata. Apabila ada orang melayan proses ini, ia membantu perkembangan bahasa anak. Bukan sekadar perkataan baru, tetapi intonasi dan perhatian yang hadir bersama memberi makna yang lebih.

3. Merangsang Imaginasi dan Kreativiti
Dalam pretend play, biasanya anda akan dapati anak-anak akan bermain dengan pelbagai kisah berbeza. Daya Imaginasi dan kreativiti anak berkembang dengan pesat lebih-lebih lagi apabila mereka diberikan ruang untuk mencuba dalam pelbagai situasi.
.
Ini baru 3 kebaikan dari banyak lagi kebaikan apabila mereka diberi peluang.
.
P/s: Sekiranya anda mencari permaianan berkualiti, selamat, boleh digunakan lama, yang membantu menjayakan Pretend Play kami recommend product HAPE seperti digambar.
.
Anda boleh cari di www.naluriparentingcafe.com/shop sementara kami buka untuk pre-order sehingga 28 Jun 2020.